NADI X Keusahawanan-Webinar Pemasaran digital-AI Untuk Mencipta Kandungan
22 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2026, bermula pukul 10.00 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu Webinar Pemasaran digital AI Untuk Mencipta Kandungan.
Tujuan webinar ini adalah memberi pendedahan kepada usahawan tentang penggunaan Artifical Intelligence (AI) dalam menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan menarik. Peserta akan mempelajari cara menggunakan teknologi AI untuk membantu menghasilkan teks, imej, dan idea kandungan bagi tujuan pemasaran di media sosial.
Program ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan kreativiti, menjimatkan masa serta memudahkan proses menghasilkan kandungan pemasaran yang lebih efektif untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: